Friday, January 15, 2010

-Bersyukur Dalam Segala Persepsi-



Assalamualaikum bero2 & gal2 skalian.. Hari ni aku ade teringat satu kisah menarik zaman dahulu kala. Al-kisah...


Pada zaman dulu, ada seorang hamba Allah ni. Dia ni mmg baik akhlaknya. Pada satu malam, sedang hamba Allah ni nyenyak tidur, tiba-tiba, dia telah dikejutkan oleh seekor nyamuk yang tengah sedap hisap darah dia..


Kalau korang la, mesti macam..

-What the!
-Tak guna punya nyamuk!
-Damnation!
-OMG!
-Warghh! Denggi!
-Warghh! H1N1! (tak blaja biologi)

Tapi, berlainan ngan hamba Allah ni. Dia bangon2 dia ckp "Alhamdulillah..." Sebab apa??? Haa.. Dia bersyukur pada Allah s.w.t kerana mengurniakan dia nikmat menggaru dek gatal sebab digigit nyamuk tadi. Bagi dia, feel garu itu adalah satu nikmat. Dia tak marah walau sikit pon.

Subhanallah, tinggi btol kan tahap iman hamba Allah ni. Sori la aku tak dpt citer detail sbb aku ingat samar2 citer ni. Citer ni tersimpan kat otak aku ni pon sbb bagi aku citer ni menarik sgt.

Moral of the story is, pandang lah sesuatu itu sebagai satu perkara yang berhikmah yang mempunyai nikmat yg terselindung. Janganlah cepat nak marah-marah disebabkan ujian-ujian yg sikit jer yg diberi pada kita. Pandanglah satu benda tu 2 hala. Sekian...



"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibnu Majah)

Assalaumalaikum..