Sunday, June 19, 2011

# Tips Downloading untuk Pendownload Tegar Yang Tak Minat Pakai Torrent #


Salam all. Hari ni aku nak share sikit la ilmu yang ada kat dada aku yang tak berapa nak ada bulu ni. Tips hari ni spesel untuk downloader-downloader yang memang kaki download yang tak reti nak beli cd/ dvd original macam aku. Aku bukan ape bhai, dah internet ni ada, so buat ape nak habiskan duit beli cd/dvd padahal kita bayar bulan-bulan servis internet. Kata semua di hujung jari.

Ok, let's begin. Contoh eh, korang nak download game 'Bully'. Kalau korang cari kat google, yang kebanyakan keluar mesti torrent. Kalau tak pon, keluar rapidshare la, hotfile la, ataupon file sharing website yang lain yang tak kasi kita download parallel & ada waiting time untuk download file yang berikutnya. Mungkin ramai yang dah tau, tapi file sharing website yang paling cambest skali ialah 'Mediafire'. Sebab apa? Sebab dua-dua benda tu dia takde & dia ada download library. Korang boleh parallel download & no waiting time.


Jadi, cara-cara nak download files dari mediarife ni senang je. Ada trick dia. engkorang pegi kat google, dekat kotak search tu engkorang tulis:

site:mediafire.com zip|rar|exe "Bully"

Trick ni pon korang boleh pakai untuk cari file-file lain. Contoh kalau korang nak cari movie dekat mediafire, yang "zip|rar|exe tu tukar la "zip|rar|rmvb|avi" ke, tak kesah la, ikut file type yang korang nak. Kalau engkorang nak cari kat file sharing website yang lain pon boleh. Just tukar mediafire.com tu dengan website yang engkorang nak.

Trick yang aku tulis ni maksudnya korang akan download file direct terus daripada file sharing website, tak payah la nak browse kat blogspot sape-sape, nak carik penat-penat. Ini la trick yang aku guna. So takde la engkorang nak stress-stress tak dapat benda yang dicarik.


Aku rasa setakat ni tu je la kot. Kalau ada apa-apa masalah, tanya la. Kalau mood aku baik, aku layan laa. Kekeke.

Assalamualaikum..

Tuesday, March 8, 2011

# Koleksi Seram Sejuk Aku #



Assalamualaikum bro & sis sekalian.
Hari ni aku nak citer sikit la pengalaman aku dengan makhluk ghaib a.k.a entiti o.a.k.a hantu. Ada yang aku alami sendiri, ada yang dengar-dengar dari membe. So, aku nak share la dengan korang yang suka kumpul citer-citer angker ni.

Story 1.

Ni aku alami sendiri la. Pernah tak korang dengar pasal satu kes ni, yang mana ada satu roh ni, mayat dia tak diuruskan sebab terapung kat laut, then dia chat ngan sorang mamat ni, at last dia mengaku dia dah mati & mintak mamat ni tolong carikkan badan dia. Serius, citer ni aku ada baca dulu, tapi aku lupa aku dapat dari mana.

Then, satu malam, aku chatting ngan sorang awek ni kat miRC. Citer ni dah lama dah, aku lupa siapa nama dia. Borak memang panjang lebar la sampai pukul 2 pagi kalau aku tak silap. Lepas tu, sampai satu tahap, aku tanya dia satu soalan:

Aku : Awak chatting kat mana tu?
(Lama sikit, pastu baru dia jawab)
Dia : Saya kat belakang awak ni.
Aku : Eh, awak ni. Jangan la bergurau. Awak kat cc ke kat umah?
Dia : Betul, saya betul-betul kat blakang awak ni.
Aku : ...

Lepas tu, slow-slow aku toleh blakang. Sekali...


Pergh.

Takde la. Alhamdulillah, aku tak nampak apa-apa belakang aku. Mungkin sebab rumah aku ni dah dipagar dengan ayat-ayat suci Al-Quran rasanya. Lepas tu, aku terus shut down komputer, terus masuk bilik tido. Ntah berapa lama masa aku amik nak tido, time tu jantung aku takyah citer la, kencang semacam. Lastly, dapat jugak tido. Fuhhh, syukur..

Story 2.

Citer ni ringkas je, tapi serius pelik + scary. Ni aku dengar dari orang lain. Citer dia gini. Ada sorang budak skola aku ni. Time tu waktu malam. Dia nak pegi toilet. On the way dia ke toilet tu, dia ternampak DIRI DIA SENDIRI berjalan arah bertentangan dengan dia. Time tu dia dah cuak dah, tapi dia pujuk diri dia, perasaan je kot.

Selesai urusan dia kat toilet, dia pegi la balik ke bilik dia. Tapi yang peliknya, on the way dia balik tu, dia nampak 'dia' lagi berjalan menghala ke toilet.


Dia pon apa lagi time tu, cuak tak ingat la. Tapi dia jalan cam biasa, sampai kat bilik. Esoknya tau-tau dia demam.

Story 3.

To be continued..

Hahaa. Dah la tu, kadang-kadang ada orang cakap citer hantu ni tak sesuai la diceritakan melalui pembacaan. Citer mulut ke mulut baru syiok. So, aku taknak la citer lagi. Karang habis pulak modal korang nak bukak citer hantu kat membe korang kalau aku dah citer semua. Hohohoo!!

Ok, rasanya tu je la untuk hari ni. Thnx for reading my blog.

“…Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

(Al-A’raaf, sebahagian ayat 27)

Assalamualaikum..