Sunday, June 19, 2011

# Tips Downloading untuk Pendownload Tegar Yang Tak Minat Pakai Torrent #


Salam all. Hari ni aku nak share sikit la ilmu yang ada kat dada aku yang tak berapa nak ada bulu ni. Tips hari ni spesel untuk downloader-downloader yang memang kaki download yang tak reti nak beli cd/ dvd original macam aku. Aku bukan ape bhai, dah internet ni ada, so buat ape nak habiskan duit beli cd/dvd padahal kita bayar bulan-bulan servis internet. Kata semua di hujung jari.

Ok, let's begin. Contoh eh, korang nak download game 'Bully'. Kalau korang cari kat google, yang kebanyakan keluar mesti torrent. Kalau tak pon, keluar rapidshare la, hotfile la, ataupon file sharing website yang lain yang tak kasi kita download parallel & ada waiting time untuk download file yang berikutnya. Mungkin ramai yang dah tau, tapi file sharing website yang paling cambest skali ialah 'Mediafire'. Sebab apa? Sebab dua-dua benda tu dia takde & dia ada download library. Korang boleh parallel download & no waiting time.


Jadi, cara-cara nak download files dari mediarife ni senang je. Ada trick dia. engkorang pegi kat google, dekat kotak search tu engkorang tulis:

site:mediafire.com zip|rar|exe "Bully"

Trick ni pon korang boleh pakai untuk cari file-file lain. Contoh kalau korang nak cari movie dekat mediafire, yang "zip|rar|exe tu tukar la "zip|rar|rmvb|avi" ke, tak kesah la, ikut file type yang korang nak. Kalau engkorang nak cari kat file sharing website yang lain pon boleh. Just tukar mediafire.com tu dengan website yang engkorang nak.

Trick yang aku tulis ni maksudnya korang akan download file direct terus daripada file sharing website, tak payah la nak browse kat blogspot sape-sape, nak carik penat-penat. Ini la trick yang aku guna. So takde la engkorang nak stress-stress tak dapat benda yang dicarik.


Aku rasa setakat ni tu je la kot. Kalau ada apa-apa masalah, tanya la. Kalau mood aku baik, aku layan laa. Kekeke.

Assalamualaikum..

2 comments: